Sunday, February 15, 2009

Sejarah Malaysia: Hanya Satu Catatan Penipuan

Salam bahagia,

Berani saya mengatakan bahawa, penulis buku-buku rujukan sejarah Malaysia hanya merujuk cerita daripada sebelah pihak sahaja iaitu, penjajah. Kerana pangkat, hartya dan darjat mereka menyokokkan banyak kisah tentang salahlaku mereka yang terlibat dalam lipatan sejarah itu. Merujuk kepada perjanjian Francis Light dengan Sultan Kedah, Perjanjian Pangkor oleh Andrew Clerk dan Perishtiharaan Sultan Selangor ke atas Raja Mahdi dan kesudiannya menerima penasihat British. Setiap peristiwa ini membawa kesan langsung kependudukan British di Malaysia. Penipuan dan kekerasan adalah agenda ketiga-tiga wakil penjajah ini.

Wednesday, January 14, 2009

Era Baru Gerakan Jihad Malaysia
















Dalam mencari latar belakang sejarah Malaysia yang sebenar, bukan sejarah yang patut rakyat Malaysia ketahui sahaja, sejarah lisan daripada pejuang nasionalis amat perlu digarap. Ketika inilah, saya rasakan para nasionalis dahulu lebih mirip kepada para Mujahid. Survival Islam di Malaysia bukan oleh UMNO dan PAS tetapi para nasionalis yang lantang ketika itu membawa nada keras dan dipandang lebih ke kiri dari ke barat. API, PMS dan beberapa pertubuhan yang ditakuti penjajah dalam dekad 40an dan 50an hingga terciptanya undang2 darurat dan ISA ketika itu adalah pemula semangat jihad yang disamari dengan nama "Nasionalis, tanpa nama, tanpa pangkat penuh kudrat".







Tetapi, sejarah menceritakan para nasionalis ini menyokong komunis dan Jepun, malah juga dianggap 'subversive party' dan dianggap berbahaya. Maka oleh dengan itu mereka menggunakan API dan PMS sebagai 'kapal' untuk belayar.

Alhamdulillah, saya telah memperolehi maklumat yang lebih tepat tentang sejarah sebenar Malaysia. Tetapi kebenaran ini pasti tidak disukai banyak pihak. Maka untuk memastikan langkah tidak dipangkah sebelum mara, perancangan teliti perlu diambil.

Langkah pertama:

Mengembalikan ilmu yang patut rakyat tahu bukan yang hendak pemimpin tahu sahaja. Oleh itu, jihad era baru perlu dilaksanakan terutamanya tatkala Melayu bergelut dengan indentiti rapuh dengan himpitan dari semua sudut kehidupan.

Beberapa dokumen yang berikut membuktikan aktiviti seorang pejuang nasionalis yang ingin melihat satu himpunan kukuh umat Islam dari Tanah Serambi Mekah hingga ke Mindanao dan dari Kampuchea hingga Irian Jaya dalam dekad 40an dan 50an.