Monday, September 8, 2008

PERANG SALIB YANG BERTERUSAN

Sebenarnya, orang Islam wajib mengakui bahawa kitalah pewaris ilmu yang diturunkan kepada seluruh manusia. Tamadun yang tercipta hasil dari keimanan yang tinggi oleh umat terdahulu jatuh ke tangan kafirun akibat kegoyahan keimanan umat Islam sejak tahun 1500M. Sejak itu juga orang Kristian mengambil kesempatan membinasakan kepercayaan umat Islam terhadap kepentingan budaya Ijtihad dalam kehidupan. Pengaruh Assabiyah atau berpuak2 walaupun dalam Islam sendiri menjumudkan pemikiran menghalang umat untuk terus berpegang kepada 2 sumber peradaban Islam, Al-Quran dan Al-Sunnah.

447 tahun negara ini terjajah... Semua pengaruh dibawa masuk atas nama pembangunan oleh pihak imperialis. Pecah perintah diamalkan agar orang Melayu tidak upaya bersatu. Sejarah orang Melayu cuma mencari seteru, antara adik beradik pun gagal sepakat. Raja dan Pembesar Melayu digambarkan tidak proaktif, membinasakan jati diri dan identiti, sedangkan kita telah lebih dahulu bertamadun daripada imperialis itu. Ketika Eropah menempuhi Zaman Gelap, Melaka telah menjadi entreport pertama di dunia antara 1390an hingga 1511. Ilmu perkapalan dan pelayaran telah membawa Sultan Melaka ke negara China untuk menjalin hubungan diplomatik. Orang Melayu menguasi perdagangan antara Timur dan Barat.

Kenapa kita tidak diajar fakta itu? Kenapa kita tidak belajar sejarah itu? Kenapa kita izinkan lagi undang-undang imperialis itu terus dipakai? Kenapa ramai orang Melayu yang berbin dan berbinti masih terjajah dan tidak menyakini Al-Quran dan Al-Sunnah, sedangkan itulah sahaja pegangan yang patut di bawa ke kubur.